Sabtu, 3 April 2010

LARANGAN MEMINTA JAWATAN

"Negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang yang tidak bertujuan mendapat pengaruh ataupun kelebihan di muka bumi dan tidak mahu melakukan kerosakan. Sebenarnya, kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."-Surah Al-Qasas, ayat 83-

"Abu Said atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Samurah berkata, "Rasulullah berkata kepada saya, "Wahai Abdul Rahman bin Samurah, jangan saudara meminta jawatan sebagai pemimpin negara. Ini kerana, apabila saudara dilantik tanpa memintanya, Allah membantu saudara. Apabila saudara dilantik kerana saudara memintanya, Allah tidak akan membantu saudara. Apabila saudara bersumpah atas sesuatu yang benar, kemudian saudara mandapat tahu ada perkara lain yang lebih baik daripada apa yang saudara sumpahkan tadi, laksanakan apa yang lebih baik dan bayarkan denda kifarah atas sumpah saudara tadi."-Riwayat Bukhari & Muslim-

Sedarlah sahabat, Allah akan membantu kita dalam urusan memimpin kita. Kita tidak meminta jawatan tetapi Allah lebih mengetahui kita yang layak untuk satu-satu taklifan. Janganlah sahabat-sahabat bimbang dengan taklifan yang sahabat-sahabat tahu akan halatuju perjuangan taklifan tersebut. Kita bukanlah gila kuasa tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila agar kuasa itu tidak disalahguna dan menindas umat.

Kata seorang murabbi, "Pejuang Islam tidak pernah minta tanggungjawab(taklifan) tetapi Pejuang Islam sentiasa bersedia menerima tanggungjawab(taklifan)."

"IsLaMiSaSi, IdEaLiSmE DaN PeRuBaHaN"

Ahad, 14 Februari 2010

Perjuangan Islam Adalah Tarbiah , Da'awah & Siasah

1. Gerakan Islam adalah sebuah wadah perjuangan Islam yang memiliki cita - cita besar untuk melihat perubahan berlaku dalam negara kita .

2. Perubahan yang dimaksudkan ini ialah perubahan secara total

a ] dari sebuah negara yang penuh dengan korupsi kepada negara yang telus dan saksama ,

b ] dari negara yang berkecamuk dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kepada negara yang aman , adil dan sejahtera ,

c ] dari negara yang cemar dengan maksiat dan mungkar kepada negara yang mendaulatkan al amru bil ma'aruf dan an nahyu anil mungkar
3. Rakyat atau masyarakat [ muslim atau non muslim ] tidak boleh dibiarkan hidup dalam sebuah negara yang hanya mementingkan pembangunan material tetapi meruntuhkan spiritual , negara yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit dan negara yang merosakkan tamadun dan peradaban manusia dengan memaksa pemikiran dan peraturan yang ciptaan manusia lalu mengenepikan peraturan [ syariah ] Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam cakerawala ini .

4. Bertolak dari realiti ini , pemuda Ansoorullah sebagai sayap kanan kepada perjuangan atau gerakan Islam juga merupakan agen perubah [ agent of change ] yang bertanggungjawab menggerakkan agenda perubahan dalam negara , masyarakat dan sistem pemerintahannya .

5. Justeru itu , tugas dan tanggungjawab pemuda Ansoorullah bersama perjuangan Islam ini adalah sangat besar dan berat . Tidak sekadar membayar yuran dan menyertai aktivitinya tetapi berperanan untuk merancang , menggerak dan menjayakan segala misi dan visinya .

6. Menggalas tugas besar dan berat seperti ini tentunya pemuda tidak boleh hanya bergantung kepada kesasaan fizizal semata - mata melainkan pemuda Ansoorullah mesti memiliki jua keperkasaan spiritual sebagai kekuatan dalaman disamping kesohihan aqidah dan ketulenan fikrah yang berasaskan manhaj perjuangan Islam yang benar .

7. Pemuda Ansoorullah selayaknya terlebih dahulu mempersiapkan diri untuk dikaderkan dengan segala skima Amal Tarbawi berasaskan prinsip Amal Islami [ Amal Jamaei , Amal Ijtimaei dan Amal Fardi ] agar kelak tatkala turun ke medan , pemuda benar - benar mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik lagi berjaya .

8. Bangkitlah wahai pemuda dan bersedialah untuk menjadi pemuda Ansoorullah yang berjuang siang dan malam untuk menegakkan agama Allah swt dengan segala keupayaan diri yang dimiliki tanpa dolak dalih dan lengahkan waktu dengan 1001 alasan .

9. Hindari sikap suka bertelagah dan saling tuding menuding , sedang tanggungjawab kita untuk mendaulatkan Islam ini memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan idea malah jika perlu darah dan nyawa jua menjadi taruhan buat perjuangan Islam ini . Kita tidak punya banyak masa dan waktu untuk dibazirkan kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah buat perjuangan Islam ini , apatah lagi membawa mudarat seperti keretakan dan perpecahan kepada jamaah ini .

10. Perjuangan ini untuk menegakkan Islam dan inilah peranan utama pemuda Ansoorullah . Pemuda Ansoorullah tidak berjuang untuk mencari publisiti dan membina empayar politik peribadi serta kelompok tertentu . Sebaliknya berjuang untuk Islam dan ummatnya .

IsLaMiSaSi, IdEaLiSmE, DaN PeRuBaHaN !!!

Ahad, 7 Februari 2010

KEARAH MELAHIRKAN PEMUDA ANSOORULLAH

1. Pemuda adalah sayap penting bagi perjuangan Islam yang suci ini justeru pemuda jualah yang digantung harap oleh Nabi saw untuk mendokong cita - cita perjuangan baginda saw.
حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

...yang mendokong perjuanganku ialah pemuda sementara yang membelakangiku ialah orang - orang tua ...
al hadith

2.PemudaAnsoorullahialah:

a ] Pemuda yang siap siaga untuk menyahut tanpa sebarang rasa ragu terhadap seruan perjuangan bagi menegakkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .

b ] Menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah , tidak gentar mendepani cabaran malah bersedia menghadapi apa jua implikasi perjuangan , biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan diri sendiri . Firman Allah swt di dalam surah as Shaff Ayat 14 :



Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.




3. Prinsip utama pemuda Ansoorullah ialah kesediaan yang tidak berbelah bahagi untuk turun ke medan bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah perjuangan bersama slogan serta ikrar pejuang yang berbunyi " إما نصر و إما شهادة " iaitu : samaada menang atau gugur sebagai syuhada'

4. Ansoorullah merupakan kualiti dan tahap piawaian yang ingin dicapai oleh Dewan Pemuda PAS melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan diatur . Menggarap semua lapangan gerakkerja yang melibatkan :

a ] amal tarbawi [ pengkaderan ] ,
b ] amal siasi [ politik ] ,
c ] amal kebajikan dan
d ] dakwah [ penerangan ] .

5. Memahami sebuah Gerakan Islam , sayugialah para pemudanya terdiri dari kalangan pemuda yang menepati piawaian Ansoorullah dalam semua aspek .

a ] Ansoorullah dalam aqidah [ pegangan dan prinsip ]
b ] Ansoorullah dalam fikrah [ pemikiran dan pandangan ]
c ] Ansoorullah dalam akhlak [ keperibadian dan moral ]
d ] Ansoorullah dalam aktiviti [ gerakkerja dan penglibatan ]

6. Namun asas utama untuk mencapai piawaian sebagai pemuda Ansoorullah ialah :

a ] Tasawwur Ilmu Islam yang jelas dan tepat .
b ] Ilmu pengetahuan dalam semua aspek yang diperlukan .
c ] Keiltizaman bersama aktiviti pengkaderan dan pembinaan jamaah
d ] Tahap taqarrub yang erat dan intim dengan Allah swt .
e ] Intima' [ penglibatan atau penyertaan ] berasaskan aqidah perjuangan .

7. Bermodalkan Islam sebagai produk tunggal yang kini telah dibawa ke pasaran terbuka untuk menemui hampir 30 juta pengguna di dalam negara kita , sememangnya memerlukan pemuda yang pro aktif , kreatif dan agerasif [ bertaraf Ansoorullah ] dalam pelbagai sektor bisnesnya seperti sektor "pengilangan" , "pemasaran" dan "penjualan" agar produk tersebut diterima dan dipakai oleh semua pengguna tanpa prejudis dan ragu terhadapnya .



8. Perlu juga saya tegaskan disini bahawa Pemuda Ansoorullah bukan pemuda yang kasar dan ganas , bukan juga pemuda yang ekstrim dan subversif . Sebaliknya pemuda Ansoorullah ialah pemuda yang mewarisi kemulian akhlak dari baginda Rasulullah saw dengan meletakkan diri sebagai :

a ] Pemuda yang beriman dan bertaqwa
b ] Pemuda yang berilmu pengetahuan dan berwibawa
c ] Pemuda yang berorientasikan syariah dan sunnah
d ] Pemuda yang berhemah dan berhikmah
e ] Pemuda yang berjiwa besar dan lapang dada
f ] Pemuda yang tangkas dan berani
g ] Pemuda yang cerdas dan cergas
h ] Pemuda yang sabar dan tabah
i ] Pemuda yang amanah dan setia .

9. Kita tidak mahu penyertaan anak - anak muda bersama Gerakan Islam hanya mengekalkan peribadi dan kualiti yang lama sebagaimana sebelum mereka menyertai Gerakan Islam . Sebaliknya Gerkan Islam wajar "menaiktaraf" kan mereka agar menjadi pemuda Ansoorullah melalui pelbagai aktiviti pengkaderan , pembinaan dan pembentukan aqidah , fikrah serta syakhsiah tanpa menafikan kecenderungan dan minat mereka dalam gaya dan penampilan hidup yang tidak bertentangan dengan syara' .

10. Melahirkan Pemuda Ansoorullah bukan bermaksud menukar minat pemuda motor kepada pemuda gasing demikian juga tidak bermaksud menukar minat pemuda futsal kepada pemuda layang - layang dan pemuda seni muzik kepada pemuda kertas kerja sebagaimana kita tidak menukar pemuda ceramah dan kuliah kepada pemuda congkak dan catur .

11. Sebaliknya Pemuda Ansoorullah bermaksud pemuda yang dibina aqidahnya agar mereka miliki aqidah yang sohih , dibina fikrahnya agar mereka miliki fikrah Islam yang syumul dan dibina syakhsiahnya agar mereka miliki syakhsiah yang soleh . Ertinya kita mahu kualiti pemuda yang mengikuti acuan perjuangan kita iaitu Islam .

a ] Pemuda boleh bermain futsal tetapi menjadi pemain futsal yang sohih aqidahnya , syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya .

b ] Pemuda boleh memandu motorsikal tetapi menjadi pemandu yang sohih aqidahnya , syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya .

c ] Pemuda boleh menyertai seni tetapi menjadi ahli seni yang sohih aqidahnya syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya .

Islamisasi, idealisme dan perubahan!!!

Ahad, 10 Januari 2010

Hari Esok Untuk Islam

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)
Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam
telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"
(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Rabu, 6 Januari 2010

"MaSyArAkAt DiDaHuLuKaN, DaKwAh DiUtAmAkAn"

Masuk ke tahun baru 2010 memberi harapan dan cita-cita baru buat sesetengah insan. Azam dan harapan bagi merubah diri yang kian hanyut dalam dunia yang dilimpahi dengan kesenangan dan keselesaan yang sementara. Sedang insan yang lemah mengharungi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan, masyarakat yang tenat amat memerlukan bimbingan dan dorongan daripada individu yang menggelar diri sebagai pejuang Islam mahupun dai'e. Masyarakat sudah leka dengan dunia sehingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk hari perhitungan kelak. Musuh Islam mula mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam hari ini yang makin meninggalkan Islam sebagai cara hidup. Persoalannya sejauh mana persediaan pejuang Islam bagi membantu umat yang memerlukan perlindungan. Musuh Islam mula menggunakan cara halus seperti serangan pemikiran yang dilihat sangat berkesan melemahkan serta memecahbelahkan umat hari ini. Pejuang Islam yang dicurahkan tarbiyyah yang menyeluruh dapat memandu umat yang lemah ke arah mengenal Islam yang syumul. Hasil serangan pemikiran seperti liberalisme, sekularisme dan lain-lain menjadikan umat Islam mula memisahkan Islam dengan kehidupan. Para pejuang Islam turunlah kepada masyarakat supaya masyarakat tidak terus lemas dan sesat hasil ketidaktanggungjawab pejuang Islam.


"MaSyArAkAt DiDaHuLuKaN, DaKwAh DiUtAmAkAn"