Isnin, 12 Disember 2011

"Teman...coretan ringkas dan padat tetapi membangkitkan aku dari lamunan yang tidak berkepentingan"


::: SaMa-SaMa KaSiH :::

Selasa : 13 Disember 2011 / 17 Muharram 1433H

Terdetik aku dikala membuka laptop dalam keadaan tidak jelas apa tujuan utama sedangkan thesis yang tak siap-siap lagi...xsangka aku dah sem 8 skang...teruk btol aku menyusun tangga keutamaan dalam menjalani kehidupan dihujung2 21tahun umur aku...



Bilamana aku melayari internet, aku hanya meninjau keputusan dan perkembangan bola sepak tempatan dan luar negara sekitar berita minggu ini...lepas tu aku xtau pe lg yg harus aku tengok...aku search kat google macam2...dalam xsedar aku terasa nak log in blog aku yg last dalam 2bulan lepas...bila aku tengok senarai teman2 yg blog nya juga aktif, aku teruja utk meninjau perkembangan seorang teman yang sedang kuat berusaha(insyaALLAH) di bumi revolusi rakyat.

Sesudah aku buka tab baru utk mengetahui perkembangan nya, rupanya baru aku sedar yang die hampir 3bulan aktif dalam menceritakan tentang rasa hati dan pengalamannya...selama ni aku hanya menanti di FB dan YM je kemunculannya...rupa-rupanya ada satu medium lagi yang aku lupa dimiliki olehnya...

Sebelumnya, aku mengalami beberapa serangan yang menyebabkan diri yang kurang bersenam ini lemah...hehe...antaranya demam,selsema,batuk dan sengal2 badan...maklum lah sekarang musim hujan yang xmenentu di pusat pentadbiran Malaysia ni... dari hari jumaat(9/12/11) lagi aku xsihat...alhamdulillah, hari ni beransur sihat...insyaALLAH...



Setelah aku membaca beberapa post terkini teman aku ni,aku seolah-olah merasakan sentuhan yang berlainan dan perkongsian yang terus menyentuh hati aku yang agak sensitif ni...yang menghairankan aku hanya satu perkara iaitu aku dan dia xla banyak kenangan bersama...tetapi seolah2 setiap detik ketika kami bersama sangat2 berguna dan mentarbiyah aku secara xlangsung...mungkin kerana rasa hormat aku pada dia yang aku anggap teman, abang, pemimpin, pendorong dan pengkritik yang ikhlas sewaktu aku ditaklifkan untuk memimpin organisasi mahasiswa...

Kerana coretan yang menyentuh itu, aku menitiskan air mata sehingga aku bertanya kenapa aku terlalu rindukan dia dan segala ilmu,perkongsian dan nasihat daripadanya...aku baca semua tinta yang dia coretkan dari oktober hingga kini...semua nya membuat aku sedar yang aku xboleh lagi hanya memikirkan "thesis" aku semata2...aku perlu bangkit dan kembali ke landasan sebenar yang pernah aku plan sebelum ini...ALLAH dah letakkan aku di atas landasan sebenar kenapa aku perlu kepada Islam...alhamdulillah...



Akhirnya, terima kasih teman kerana coretan mu membuat aku sedar dan bangkit...aku kena mulakan dengan berjalan...sampai masa aku akan berlari dan boleh terbang menggapai matlamat utk mendapat keredhaan ALLAH...insyaALLAH...