::: SaMa-SaMa KaSiH :::
Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekelilingnya asyik bermain-main
Dan tetap berjaga ketika manusia di sekelilingnya tidur dengan lenanya
Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah
Dan betapa benarnya sebuah syair ketika ia berkata
Berkata kepadaku seorang sahabat,
“ aku melihatmu sebagai orang asing ”
“ Di antara orang banyak itu engkau tanpa teman ”
Maka aku berkata, “ sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku ”
Inilah orang asing itu
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia
Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia
Hassan Al-Banna berkata:
" Berikan aku 300 pasukan, yang mana dada mereka sarat dengan ilmu pengetahuan, hati mereka berkilau-kilauan dengan simbahan cahaya rohani, jasad mereka terlatih, maka ketika itu, kamu ajaklah aku untuk menembusi langit tujuh lapisan, menembusi bumi tujuhpetala, atau menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup "
Manusia asing mesti memperkasakan fizikal dan mental, keimanan dan ilmu pengetahuan dan memacu gerakan dan mempunyai ketahanan yang lasak. Pemerkasaan semua elemen itu memerlukan tatbiyyah yang konsisten berteraskan keimanan dan keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH SWT!!!
Ahad, 9 Oktober 2011
Ahad, 18 September 2011
JoM PaKaT PuLuN TaRBiYYaH!!!
Pasca pilihanraya umum ke-12 telah membuktikan bahawa usaha PAS untuk mendapat sokongan rakyat membuahkan hasil. PAS bukan sahaja dapat memperolehi undi yang tinggi, malahan mesej Islam yang dilaung-laungkan selama ini berjaya disampaikan kepada masyarakat.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) perlu menyediakan kader-kader yang mantap dan berkualiti untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa yang mendatang khususnya dalam mengisi makna kemenangan dan memimpin kebangkita anak muda.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam ucapan penangguhannya semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat telah menggarapkan TIGA perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pemuda PAS:
1. Responsif terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan negara
2. Optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong
3. Sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah
Sumber:-
http://www.eperjuangan.com/2011/09/ijtima-tarbawi-pemuda-pas-peringkat.html
http://tintajundi.com/?p=1511
Ijtima' Tarbawi di Shah Alam ini merupakan siri ke-2 anjuran DPPPM setelah keberjayaan Ijtima' Tarbawi yang pertama di Masjid Rusila, Terengganu pada 1 hingga 3 oktober 2010 tahun lalu. Pengalaman saya di Masjid Rusila tahun amat lepas amat bermakna kerana kita akan memperoleh ilmu secara talaqi, mendengar taujihad daripada pimpinan pelbagai peringkat, berkongsi kisah senang dan susah berjuang dalam gerakan Islam serta bermacam pengalaman lagi yang akan kita hargai bilamana kita sendiri yang merasainya...
InsyaALLAH...
Kesinambungan Ijtima' Tarbawi ini akan lebih menguatkan serta memperbaiki gerak kerja kita menghadapi PRU ke-13 dalam sedikit masa lagi...moga persiapan memantapkan tarbiyyah diri bakal menjelmakan momentum bagi mempersiapkan diri sebelum terjun ke medan siasah dan dakwah, InsyaALLAH...
::: SaMa-SaMa KaSiH :::
Ahad, 21 Ogos 2011
MeMBuRu LaiLaTuL QaDaR
::: SaMa-SaMa KaSiH :::
Umat Islam berada pada fasa terakhir Ramadhan. Seharusnya, sepuluh malam terakhir ini kita semakin ghairah meningkatkan amalan.
Tambahan pula, Allah menjanjikan bonus dengan menawarkan Malam Al-Qadar buat hambaNya yang konsisten mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Pelbagai hadith yang disabdakan oleh Rasulullah SAW menyarankan agar umat Islam merebut Malam Al-Qadar ini.
Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menyatakan agar kita mencari malam yang mulia ini pada sepuluh malam terakhir dan bilangannya ganjil.
Selain itu, Muslim juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW turut menyarankan agar kita mencarinya pada malam ketujuh atau kelima.
Namun begitu, bukanlah penentuan tarikh yang menjadi persoalan penting. Tetapi, sebagai ahli Ramadhan, kita sewajarnya lebih baik untuk sentiasa berusaha meningkatkan amalan sehingga ke darjat taqwa.
Antara amalan rutin yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada sepuluh malam terakhir ialah beri’tikaf di masjid, bertadarrus dan mentadabbur Al-Qur’an serta memperbanyakkan solat sunat.
Bahkan, Rasulullah SAW juga turut mengajak ahli keluarganya yang lain bagi menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Inilah kehidupan Rasulullah SAW.
Walaupun baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah, namun amalannya sentiasa konsisten dan lebih komited. Marilah kita mencontohi amalan Rasulullah SAW agar kita tergolong dalam golongan yang diredhai dan dicintai Allah.
Marilah kita mengamalkannya!
Jumaat, 12 Ogos 2011
RAMADHAN KAREEM – MENGKOREKSI DIRI DI BULAN RAMADHAN
Bulan yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ramadhan yang hadir hanya sekali dalam setahun. Marilah kita merenung sejenak intipati bulan yang mulia ini semoga kita menjadi hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW yang terbaik.
Allah SWT berfirman (bermaksud),
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa” – Surah Al-Baqarah : 183
Rasulullah SAW juga telah memotivasikan kita dengan sabdanya (bermaksud),
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu” – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
8 Tips Menjadi Super Mukmin di Bulan Ramadhan
1. Berpuasa bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Bahkan, kita juga dituntut untuk memelihara anggota badan daripada perkara yang membatalkan puasa dan mengundang dosa.
Cuba perhatikan hadith Rasulullah SAW (maksud) ini;
“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap kotor, melakukan kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang itu mencacinya, maka katakanlah aku sedang berpuasa” – Riwayat Bukhari dan Muslim
2. Ramadhan mampu membentuk diri dan memperbetulkan tabiat negatif yang terdapat dalam diri kita. Marilah kita mengambil peluang ini dengan memperelokkan solat supaya ia menjadi lebih baik. Kita memelihara solat di awal waktu, berjemaah bersama keluarga dan di surau atau di masjid, meningkatkan rasa khusyu’ dan melazimi solat-solat sunat.
Rebutlah peluang mendirikan qiyamullail kerana ia merupakan amalan kegemaran Nabi Muhammad SAW. Dirikanlah solat sekurang-kurangnya dua rakaat.
3. Kita semua tahu bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang yang pemurah. Baginda menjadi seorang yang lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi SAW (bermaksud),
“Sebaik-baik sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan” – Riwayat At-Tirmizi
Tapi ingat, janganlah mengharap terima kasih daripada orang. Lakukannya ikhlas kerana Allah SWT. Apa yang lebih penting, jangan lupa menunaikan zakat fitrah sebelum 1 Syawal.
4. Antara kemanisan dalam berpuasa ialah berbuka pada waktunya. Bersifat sederhanalah dalam berbelanja ketika berbuka supaya dapat mengelakkan pembaziran. Di masjid dan surau sekitar Putrajaya juga menganjurkan majlis berbuka puasa, ayuh kita mengimarahkannya!
5. Tahu tak Ramadhan itu berasal daripada kata akar ‘Ramadh’ yang bermaksud panas terik? Berpuasa dalam keadaan panas sudah tentu meletihkan dan mendahagakan. Namun, sebagai seorang yang beriman, kita diwajibkan untuk bersabar.
Jika berdepan dengan apa sahaja ujian, maka kita disuruh supaya banyakkan bersabar. Pohonlah pertolongan dan kemudahan daripada Allah. InsyaAllah, DIA akan makbulkannya.
6. Amat menakjubkan apabila Malaikat Jibril bertadarrus Al-Qur’an bersama Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Maka, amalan tersebut diaplikasikan oleh sahabat-sahabat baginda sehingga dikatakan ada dikalangan mereka yang mengkhatamkan Al-Qur’an sehari sekali, dua hari sekali, seminggu sekali dan sepuluh hari sekali. Lebih menginsafkan, mereka membaca Al-Qur’an dengan penuh khusyu’ sehingga menangis kerana memahami dan menjiwai setiap ayat yang dibacanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Jibril menemuinya (Nabi Muhammad) pada setiap malam di bulan Ramadhan hingga bulan itu berlalu. Nabi SAW memperdengarkan bacaan Al-Qur’an kepadanya” – Riwayat Al-Bukhari
7. Antara falsafah Ramadhan adalah mengajar diri merasai kesusahan orang yang lain yang kurang berkemampuan. Ia turut menuntun kita menjadi seorang yang lebih menyayangi dan bersikap belas ihsan kepada manusia yang lain.
Manfaatkanlah Ramadhan dengan menghubungkan silaturrahim bersama kaum kerabat, jiran tetangga, kawan sekerja dan masyarakat setempat. Eratkan ukhuwwah Islamiah, buangkan kekeruhan dan ambillah kejernihan. Bersifat pemaaf adalah lebih mulia daripada sifat dendam dan busuk hati. Ingatlah peringatan Allah SWT (bermaksud),
“Dan orang-orang yang mengingkari janjinya kepada Allah setelah dimeterai, dan memutuskan apa-apa yang telah diperintahkan Allah kepadanya dan melakukan fasad di muka bumi, merekalah orang-orang yang dilaknat dan akan kembali di seburuk-buruk tempat kediaman” – Surah Ar-Ra’d : 25
8. Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, banyak masa lapang yang boleh dimanfaatkan terutamanya pada waktu cuti. Tidak baik kalau hanya tidur berpanjangan dan terlalu kerap menonton televisyen. Marilah kita mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ini kerana sifat orang mukmin yang berjaya adalah mereka akan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mu’minuun dari ayat 1 hingga 3 (maksud);
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berfaedah”.
3 Peristiwa Signifikan Di Balik Tabir Sirah Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan
1. Meletus peperangan pertama umat Islam iaitu Perang Badar Al-Kubra
Ia dikisahkan oleh Allah SWT dalam Surah Ali-‘Imran ayat 123 hingga 125 (bermaksud)
“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”.
Ia berlaku pada Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.
2. Bulan diturunnya Al-Qur’an Al-Kareem
Firman Allah SWT (maksud),
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan didalamnya Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)” – Surah Al-Baqarah : 185
InsyaAllah, negara kita akan menyambut Hari Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432 nanti, moga-moga ia menjadi satu turning point untuk kita lebih membudayakan Al-Qur’an lantas mengambilnya sebagai panduan hidup yang sangat berguna.
3. Pembukaan Kota Makkah
Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah setelah 13 tahun mendiami Makkah, maka baginda sekali lagi memasuki Makkah dengan agenda pembukaan yang lebih besar. Walaupun dengan jumlah yang ramai hingga menggerunkan para Musyrikin Makkah, namun jiwa besar baginda dan sahabat-sahabatnya menyebabkan tidak ada satu pun pertumpahan darah yang berlaku. Semuanya dilakukan secara harmonis dan penuh kesyukuran. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada tanggal 10 Ramadhan tahun keenam hijrah.
Rasulullah SAW dan lipatan sirahnya membuktikan bahawa Ramadhan bukan bulan yang beristirehat dan bermalas-malasan, tetapi ia sarat dengan misi kesucian untuk terus mendaulatkan Islam.
Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dan seolah-olah yg terakhir buat kita. Moga amal ibadah kita diterima dan membentuk jiwa-jiwa yang sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan agama yang kita cintai yakni ISLAM!!!
::: SaMa-SaMa KaSiH :::
Khamis, 23 Jun 2011
"Kegersangan Ilmu & Pentarbiyahan"
Sejak bulan tiga masihi, diri ini menamatkan pengajiian di sebuah institusi pendidikan Islam...pelbagai ilmu, pengalaman dan sketsa kehidupan yang mematangkan diri ini...
" Terima kasih Ya ALLAH!!!"
Sekarang diri ini yang dahagakan pengalaman hidup yang baru sedang belajar-belajar mendidik anak orang Islam...anak orang melayu yang masih berkehendakkan bekalan akhirat yakni asas ilmu agama walaupun mungkin mereka sendiri jahil mengenainya...tetapi bersyukurlah, mereka masih ada kesedaran tidak mahu anak-anak mengekori jejak kejahilan mereka...masih ada iltizam mahu mentranformasikan sisa hidup yang berbaki...yang kita sendiri tidak tahu waktu kemuncaknya...
soalnya sekarang...diri ini sangat-sangat dahagakan suasana pentarbiyahan...ketandusan ilmu menyebabkan anak muda melakukan tindakan yang menghasilkan ledakan yang kurang tepat walaupun teori anak muda mengatakan..."masa muda la nak buat silap"...kesalahan sekarang akan memberi kesan antara maslahah dan mafsadah kepada kehidupan akan datang jika masih diberi peluang untuk bernafas...
Ku nantikan MURABBI yang mampu membentuk jiwa pemuda Islam yang berwawasan dan mempunyai idealisme hebat yang tidak melangkaui tetapan ILAHI...rantaian Pentarbiyahan makin menipis usahanya serta salah faham terhadap perjuangan menegakkan Kalimah ALLAH di muka bumi tercinta...
"Ya ALLAH,aku merancang hidup ini untuk menggapai redha-MU...Engkau juga telah menetap tetapan terbaik untuk diri ini...Jangan Engkau jauhkan aku dari jalan ini Ya ALLAH"
::: Bersedia Untuk Ditarbiyah, Bersiap Untuk Mentarbiyah :::
Langgan:
Catatan (Atom)