Sabtu, 3 April 2010

LARANGAN MEMINTA JAWATAN

"Negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang yang tidak bertujuan mendapat pengaruh ataupun kelebihan di muka bumi dan tidak mahu melakukan kerosakan. Sebenarnya, kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."-Surah Al-Qasas, ayat 83-

"Abu Said atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Samurah berkata, "Rasulullah berkata kepada saya, "Wahai Abdul Rahman bin Samurah, jangan saudara meminta jawatan sebagai pemimpin negara. Ini kerana, apabila saudara dilantik tanpa memintanya, Allah membantu saudara. Apabila saudara dilantik kerana saudara memintanya, Allah tidak akan membantu saudara. Apabila saudara bersumpah atas sesuatu yang benar, kemudian saudara mandapat tahu ada perkara lain yang lebih baik daripada apa yang saudara sumpahkan tadi, laksanakan apa yang lebih baik dan bayarkan denda kifarah atas sumpah saudara tadi."-Riwayat Bukhari & Muslim-

Sedarlah sahabat, Allah akan membantu kita dalam urusan memimpin kita. Kita tidak meminta jawatan tetapi Allah lebih mengetahui kita yang layak untuk satu-satu taklifan. Janganlah sahabat-sahabat bimbang dengan taklifan yang sahabat-sahabat tahu akan halatuju perjuangan taklifan tersebut. Kita bukanlah gila kuasa tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila agar kuasa itu tidak disalahguna dan menindas umat.

Kata seorang murabbi, "Pejuang Islam tidak pernah minta tanggungjawab(taklifan) tetapi Pejuang Islam sentiasa bersedia menerima tanggungjawab(taklifan)."

"IsLaMiSaSi, IdEaLiSmE DaN PeRuBaHaN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan